Main Article Content

Abstract

Ziauddin Sardar (1993) pernah mengemukakan pendapat tentang beberapa perubahan besar akan berlaku dalam kehidupan umat Islam akibat kemunculan dan penggunaan suatu inovasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ini kerana sepanjang berlakunya perkembangan teknologi yang bermula dengan teknologi kertas, yang diikuti selepas itu teknologi percetakan dan cakera padat, dalam pemerhatian beliau mendapati bahawa peranan ulama sebagai orang yang dianggap menguasai ilmu dan menjadi panduan serta rujukan dalam pembangunan masyarakat Islam akan mengalami pengurangan sedikit demi sedikit. Beliau berhujah: “The role of the ulama as human memory banks, and the power they command by virtues of that role, is about to end”. Berdasarkan pandangan tersebut, beliau menyimpulkan bahawa keupayaan teknologi baru ICT yang mmempunyai keupayaan mengatasi kemampuan manusia biasa dalam menyimpan, memproses dan mendapatkan maklumat dalam jumlah yang banyak dan boleh dilakukan dengan sangat pantas.Begitu juga dalam pencarian dan pencapaian maklumat tentang Islam yang boleh diakses melalui perisian ICT yang serba canggih, pada pandangan beliau, secara tidak langsung boleh mengurangkan pengaruh penguasaan ilmu oleh para ulama pada masa sekarang. Persoalannya apakah Islam dan umat Islam serta para ulama perlu meninggalkan atau mengabaikan atau tidak mengendahkan suatu penciptaan baharu dalam dunia yang begitu pantas dengan perkembangan teknologi dengan mempertahankan cara dan pendekatan lama dan konvensional dalam menyebarkan mesej Islam dalam kerangka dakwah kepada umat manusia sedangkan umat mahukan perubahan dan terdedah dengan perubahan? apakah dakwah begitu kaku dan tidak berkembang selari dengan berkembangnya kemajuan sains dan teknologi yang menghasilkan pelbagai invention yang memudahkan urusan umat manusia? apakah mawdu'` dakwah yang perlu dikongsikan kepada sasaran dakwah yang mempunyai pelbagai latar belakang yang kedudukannya barangkali sama taraf atau tidak dengan pendakwah? Apakah pendakwah hanya berdiam diri apabila berhadapan dengan mad`'u yang pelbagai latarbelakang atau menggunakan pendekatan konvensional atau tradisional menyampaikan mesej Islam dalam kerangka dan iklim dakwah masa kini?

Keywords

Ekosistem Dakwah Teknologi Disruptif

Article Details

How to Cite
Aini, Z. bin. (2019). Ekosistem Dakwah Dalam Era Teknologi Disruptif. Al-Hikmah Media Dakwah, Komunikasi, Sosial Dan Kebudayaan, 10(2), 73-83. https://doi.org/10.32505/hikmah.v10i2.1715

References

  1. Al-Bayanuni, Muhammad Abu al-Fath (1995) Al-Madkhal Ila `Ilm al-Da`wah. Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
  2. Al-Qaradawi (1988), Yusuf. Al-Islam Hadarah al-Ghad (Islam Teras Tamadun Masa Depan). Terj. Asril Ibrahim. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Ngara Malaysia Berhad.
  3. Bani Amir, Muhamad Amin Hassan Muhammad (1999) Asalib al-Da`wah wa al-Irshad. Yarmuk: Jami`at al-Yarmuk.
  4. Drucker, P.F (1995) Realiti Baru. Terj. Nazlifa Ali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  5. Faizahtun Husna Adnan (2018) Perbandingan Personaliti Introvert dan Ekstrovert Dalam Penggunaan Media Baharu antara Alam Nyata dan Alam Maya. Latihan Ilmiah Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Hamid Mowlana (1993) The New Global Order and Cultural Ecology. Media, Culture and Society. Jilid 1, No. 1, January 1993: 9-27.
  7. Majlis Agama Islam Selangor (2016). Generasi Muda: Cabaran dan Dakwah. Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor.
  8. Nor Faizah Ismail (2018) Pengaruh Pengguna WhatsApp Terhadap Kesedaran Islam dan Tingkahlaku Beragama Islam Dalam Kalangan Mahasiswa. Tesis Sarjana Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
  9. Nowshad Amin (2019) Inspiring the Youth towards Green Disruptive Technologies and Lifestyle. Kertas kerja IKIMM National Colloqiumm Series on Islamic Understanding, “Islam and Disruptive Technologies” pada 22 Oktober 2019 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
  10. Ziauddin Sardar (1993) Paper, Printing and Campact Disc: the Making and Unmaking of Islamic Culture. Media, Culture amd Society. Vol 15: 43-59.
  11. Zulkefli Aini & S.Salahudin Suyurno (2016) Pengantar Komunikasi Dakwah. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM.
  12. Zulkiple Abd Ghani (2010) Dakwah dalam Era Digital di Malaysia. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
  13. Zulkiple Abd Ghani (2019) Ekosistem Dakwah dalam Era Digital. Siri Syarahan Perdana. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
  14. Zulkiple Abd.Ghani (2002) Cabaran Dakwah Islam di Era Siber. Jurnal Usuluddin. Bil 5: 133-142.